WELCOME
MASA
PKR LINKS

PKR JOHOR
PKR SELANGOR
PKR NEGERI SEMBILAN
PKR HULU SELANGOR
PKR KUANTAN
PKR SABAH
PKR SARAWAK
PKR WANITA
PKR VIDEO
FRIENDSTER ANUAR IBRAHIM
AMK GOMBAK
PEMUDA KEADILAN
PARTI ALTERNATIF
ANUAR IBRAHIM BLOG
SUARA KEADILAN

BLOG LINKS

TOK JANGGUT
M@RHAEN
BOIKOT PRU
AMIN ISKANDAR @ BLACK
MINDA KEMBARA
TRANUNGKITE.NET
KAMALUDDIN BLOG
WEBSITE LINKS

MALAYSIA TODAY
HARAKAH DAILY
DAP MALAYSIA
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
PKR Tanding Parlimen Pengerang Dan DUN Tanjung Surat.
Friday, February 15, 2008
Pengerang: Beberapa isu termasuk rasa tidak puas hati orang ramai terhadap wakil rakyat Parlimen pengerang sudah dikenali pasti dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sudah membuat keputusan untuk mencabar BN pada pilihanraya ke 12.

Ketua PKR Bahagian Pengerang, Abdul Razak Esa berkata, “ketika ini ada lebih dua ribu ahli yang mendaftar dalam bahagian ini. Pada mulanya kami cuba tumpu pada Sedili, tetapi sokongan di kawasan Pengerang kami dapati lebih kuat dan banyak isu sudah dikenal pasti. Kaum cina juga sudah ramai yang menjadi penyokong dan ahli kami.”

Abdul Razak merupakn bekas calon Keadilan bagi DUN Pengerang pada pilihan raya 1999 dan untuk pilihan raya ke 12 yang dijangka 8 Mac ini. Abdul Razak sekali lagi bakal bertanding di kawasan DUN Tanjung Surat , yang dahulunya adalah sebahagian DUN Pengerang.

Ketika ini, DUN Tanjung Surat diwakili oleh Datuk Harun Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang.

Pilihan raya 2004, Harun dicabar oleh calon Pas dan beliau menang dengan majoriti besar, untuk kerusi Parlimen Pengerang dan DUN Penawar BN ketika itu menang tanpa bertanding apabila Pas gagal mengemukakan calon berikutan ada masalah kepada calon berkenaan.

Mengenai isu-isu yang sudah dikenaal pasti di Pengerang, Razak berkata isu penampilan Harun yang sudah dua penggal menjadi wakil rakyat disitu menjadi bahan cerita ramai pengundi. Sifat beliau yang kasar, tidak beradab dan tidak menghormati pengundi pada masa-masa tertentu membuat orang ramai marah kepadanya.

“Saya diberi tahu penduduk, karektor Harun yang kasar membuat penduduk kecil hati dan marah kepada beliau. Terutama bila bercakap tentang peruntukan dan bantuan Umno atau kerajaan kepada penduduk kampong”.

“Saya tidak menyerang isu peribadi, itu hak beliau walaupun ahli-ahli Umno bahagian ini ada menceritakan hal peribadinya kepada saya, tetapi saya tidak ambil soal itu. Apa yang harun kena tahu, penduduk sudah mula membenci dan tidak menyenangi cara beliau, jadi kena ubah pendekatanlah”katanya.

Katanya lagi, Umno bahagian Pengerang di bawah pimpinan Harun juga sering membuat ugutan dan menghantar surat amaran terutama kepada kakitangan kerajaan atau individu yang dikenal pasti menjadi ahli parti pembangkang.

Baru-baru ini, sebuah restoran di Sungai Rengit, dimana tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli PKR mengadakan jamuan makan malam juga turut diberi amaran oleh Harun. Pekara seumpama ini dianggap kurang hajar, kerana pemilik restoren itu adalah warga Thai dan mereka tiada kaitan dengan politik, sepatutnya soal berniaga tidak patut dicampur aduk dengan politik kerana beliau hanya mahu mencari rezeki.

Turut menerima ugutan adalah nelayan-nelayan di Sungai Rengit yang menjadi ahli PKR. Mereka mengadu telah diugut oleh Harun menyebabkan subsidi minyak mereka boleh di tarik balik jika menyokong pembangkang. Pekara yang sama turut didedahkan oleh seorang ahli PKR cawangan itu dan juga nelayan dikawasan tersebut, iaitu Tan Ha Beng.

Satu lagi isu yang dibangkitkan mengenai penukaran nama Kampung Baru Teluk Ramunia kepada nama Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman. Ramai penduduk kampong tidak bersetuju dan mereka tahu usaha ini adalah rancangan harun dan Umno bahagian. Sehubungan perkara tersebut, satu jawatankuasa bertindak membantah penubuhan nama kampung itu telah dibuat dan usaha menggunakan mahkamah telah digerakkan.

Ketika ceramah Ketua Umum keadilan, Datuk Seri Anwar di Teluk Ramunia yang lepas, beliau turut membangkitkan isu tersebut. Dalam nada sindiran, Datuk Seri Anwar sendiri mengatakan semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu hingga sekarang, tiada satu pun nama kampung yang beliau cadangkan ditukar kepada nama ‘Kampung Anwar Ibrahim’.

“Susulan tindakan Jawatankuasa Bertindak Bantahan itu, saya dan peguam PKR telah menyiapkam laporan dan akan membawa pekara ini ke mahkamah. Kami percaya, harapan untuk mereka mahu mengembalikan semula nama asal kampung itu akan berhasil”katanya.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 11:53 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Parti Keadilan Rakyat
Home: Bumi, Malaysia, Uruguay
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
CHATTING

Tagboard by Tag-Board.Org
Name:

URL or Email:

Message [Smilies]:

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2006 KeADILAN Rakyat .Template by Isnaini Dot Com