WELCOME
MASA
PKR LINKS

PKR JOHOR
PKR SELANGOR
PKR NEGERI SEMBILAN
PKR HULU SELANGOR
PKR KUANTAN
PKR SABAH
PKR SARAWAK
PKR WANITA
PKR VIDEO
FRIENDSTER ANUAR IBRAHIM
AMK GOMBAK
PEMUDA KEADILAN
PARTI ALTERNATIF
ANUAR IBRAHIM BLOG
SUARA KEADILAN

BLOG LINKS

TOK JANGGUT
M@RHAEN
BOIKOT PRU
AMIN ISKANDAR @ BLACK
MINDA KEMBARA
TRANUNGKITE.NET
KAMALUDDIN BLOG
WEBSITE LINKS

MALAYSIA TODAY
HARAKAH DAILY
DAP MALAYSIA
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Anwar : Jangan Mempermainkan Agama
Sunday, August 17, 2008
Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Qur’an dan agama?

Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?

Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak sama sekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!

Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato’ Najib, Rosmah, dan pihak polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.

Pada tahun 1998, Sukma dan Munawar juga bersumpah di mahkamah tetapi menarik kembali sejurus tiga bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 8:47 PM   0 comments
Government Asked to Curb Bloggers
Wednesday, June 18, 2008
KUALA LUMPUR, March 29 (Bernama) -- The government has to find ways to curtail bloggers from abusing the Internet to spread lies and defame the leaders, said Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera)."We notice that a lot of bloggers have been sowing the seeds of discord among the races, religions... I believe there must be a limit," he said in a debate on the royal address in the Dewan Rakyat here today.He felt that there ought to be a law governing bloggers like those imposed on the print and broadcast media."The people believe more in the bloggers than the newspapers... I am aware that a newspaper was censured by the Internal Security Ministry for publishing a sensational story but the bloggers could continue churning out malicious stories," he said.
__________________________________________________________________

Laksmana Bentan : sabri use your brain and ask why people believe more in bloggers than newspaper, because mainstream newspaper full of craps.even our former prime minister said he only reads utusan and the star, that is also full of craps but better than nst,berita harian.tv3 and rtm news need not to explain, it's all what the government want to say and not what the public want to hear.

weh stupid sabri... menteri penerangan Ahmad Shabery Cheek mengumumkan beliau akan berinteraksi dengan penulis-penulis blog.

Dalam temuramah akhbar The Star (20 Mac) menteri tersebut menyatakan kesediannya untuk bertemu dengan penulis-penulis blog bagi membincangkan mengenai apa yang terbaik yang boleh dilakukan untuk negara.

Antara langkah radikal yang diambil Shabery sebaik sahaja menjadi menteri, mewujudkan rancangan “Blog” di RTM 1. Setakat ini, A.Kadir Jasin yang menggendalikan blog “The Scribe A Kadir Jasin” dan Raja Petra Kamarudin yang menggendalikan “Malaysia Today” telah diundang untuk berbicara.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 12:27 AM   0 comments
Rafidah wajar disingkirkan
Kasihan Rafidah aziz. Dahulunya megah dikelilingi pengikut setia, kemana sahaja langkahnya pasti menjadi pujaan dan diberi penghormatan sebagai Ketua Wanita UMNO dan Menteri Kabinet. Apa sahaja idea yang di sumbangkan pasti dianggap yang terbaik.Kini zaman Rafidah sudah di telan dek zaman, di telan dek kroni pak lah kerana Rafidah ‘dilahirkan’ pada era Tun Mahathir. Dia begitu setia bersama dalam Kabinet Tun. Sehingga mudahnya air mata politik palsunya menitis ketika Tun decide melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Tetapi apabila Tun mengumumkan untuk melangkah keluar dari parti, dia kata Tun tidak setia, dia kutuk Tun, tetapi bila dia tidak di lantik menjadi menteri dia bising macam-macam. Ini lah Rafidah.

Sepatutnya Rafidah duduk rumah main dengan cucu, concentrate dengan bisnes yang dia sudah buat masa menjadi menteri. Umur pun sudah lanjut, tinggal tunggu mati , habiskan lah masa dengan beribadat. Bukan menyalak sana sini.

Lintah pun akan jatuh sendiri bila sudah kenyang, rafidah sudah kenyang, tapi masih tamak menghisap darah.

Sudah tiba masanya Wanita UMNO perlukan perubahan selepas beberapa lama Rafidah menerajuinya. Rafidah sudah jumud. selagi kuda tua memimpin parti, selagi itu Wanita UMNO tidak relevan pada generasi muda.

Rafidah mesti melepaskan jawatan yang di sandangnya dengan rela hati kerana pemikiran Rafidah adalah pemikiran tua. Jika Rafidah ikhlas untuk melihat wanita UMNO melangkah jauh ke hadapan, dia mesti pastikan Wanita muda yang memimpin Wanita menyuntik idea baru yang bersesuaian dengan pemikiran generasi kini.

Jika ahli wanita perlukan perubahan untuk melihat Wanita UMNO melangkah lebih maju, Saya cabar ahli Wanita UMNO yang pernah dikayakan oleh Rafidah untuk bertanding menentang rafidah
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 12:23 AM   1 comments
ANAK DAN BAPAK SAMA PENIPU
Boleh tergelak besar bila membaca komen yang diberikan oleh Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir bila mana beliau tidak berasa malu untuk terus memegang jawatan tersebut walaupun telah keluar dari UMNO. Mokhzani juga turut mengatakan beliau menjalankan tanggungjawabnya secara sukarela dan sanggup berkorban untuk mempromosikan sukan bermotor itu.

Sungguh cekap putera Mahathir ini bermain sandiwara dengan memberikan kenyataan yang sedemikian rupa seolah-olah beliau begitu suci memikul tugas tersebut tanpa mendapat sebarang keuntungan di atas jawatan yang diberikan itu.

Namun begitu Mokhzani nampaknya seakan terlupa untuk meneruskan kenyataan dan menceritakan keseluruhan cerita mengenai keuntungan diperolehi oleh beliau selaku Pengerusi SIC. Andainya beliau terlupa, ada baiknya kita selaku ahli UMNO yang setia mengingatkan beliau.Jawatan sebagai pengerusi, SIC di berikan atas kuota untuk ahli UMNO.

Jawatan tersebut tidak mungkin diberikan begitu sahaja sekiranya bukan atas kapasiti ahli UMNO. Mana mungkin kerajaan memberikan jawatan itu untuk disandang oleh mereka yang bukan ahli. Ramai lagi ahli UMNO yang berbakat dan berkelayakan berbanding beliau yang wajar diberikan pertimbangan.

Yang pelik dan hairannya, Mokhzani sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menerajui anak syarikat kerajaan ini, dengan sombong dan bongkaknya sanggup mengkritik kepimpinan kerajaan. Tapi itulah putera kepada Mahathir, perangai dan tindak tanduknya sudah pasti mencerminkan bapanya.

Mahathir contohnya, walaupun dengan keras mengkritik kepimpinan Pak Lah sehingga sanggup keluar dari parti keramat orang melayu ini, namun dimasa yang sama masih lagi menjadi penasihat kepada Petronas dan menerima elaun bulanan. Nasihat kepada mereka ini, cubalah jadi insan yang bermaruah. Janganlah jadi seperti anjing yang suka menyalak tapi ekor bergelumang dengan taik.

Berbaik kepada isu Mokzani tadi yang menegaskan beliau hanyalah seorang sukarelawan yang berkhidmat atas kapasiti minat yang mendalam kepada sukan bermotor ini. Tapi di samping minatnya itu, beliau juga mempunyai minat yang lain iaitu berminat untuk menghimpunankan kekayaan buat sanak saudaranya.

Sekiranya betullah sepanjang menjadi pengerusi di SIC beliau tidak mendapat sebarang faedah, mengapa pula kontrak untuk penyedian katering diberikan kepada abang iparnya? Itu bukannya minat.

Mengapakah semua konsert sepanjang temasya sukan bermotor ini diberikan kepada sepupunya? Itu bukannya minat..

Tidak cukup dengan itu, kebanyakkan ahli keluarga dan sanak saudaranya juga telah di anugerahkan dengan pelbagai keistimewaan dan keuntungan sepanjang beliau menjadi pengerusi. Itu juga bukannya minat.Itu belum lagi kita memperkatakan mengenai ‘night time contract’ yang beliau perolehi. Istilah night time contract yang digunakan adalah merujuk kepada kontrak yang bernilai jutaan ringgit yang ditandatangani tanpa pengetahuan orang lain atau diberikan secara terus.

Oleh itu dakwaan beliau yang mengatakan tidak mendapat sebarang keuntungan dan menjawat jawatan ini sebagai sukarela adalah tidak benar sama sekali. Sebagai pengerusi SIC, beliau dan sanak saudaranya telah dilimpahi dengan pelbagai kesenangan.

Maka berhentilah dari terus menipu rakyat, selama 22 tahun rakyat telah ditipu dan ditindas oleh rejim ayahnya. Sebelum lebih banyak onar dan kerakusan beliau dan keluarganya dibongkarkan untuk tatapan rakyat, ada baiknya beliau berhenti dari terus menghina dan mengeji kepimpinan Pak Lah.

Biarlah Pak Lah menerajui negara ini mengikut acuan dan kehendaknya. Selagi rakyat terus memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pak Lah biarlah negara ini diuruskan dengan caranya. Tidak perlu rasanya campur tangan dari mantan perdana menteri dan anak-anak mantan perdana menteri.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 12:18 AM   0 comments
Sunday, February 17, 2008
Ketua Parti Keadilan Rakyat Pengerang Abdul Razak Esa bersama sama Pn Zuraidah dari PKR Pusat baru-baru ini mengadakan lawatan mesra bersama rakyat di wad Homophati juga sempena meraikan kehadiran ahli-ahli baru PKR dari bekas wanita UMNO bahagian changi dan Teluk Ramunia seramai 25 orang. Di serta kan beberapa gambar wanita UMNO yang menyertai PKR bagi memberi sokongan padu terhadap parti pilihan mereka.




posted by Parti Keadilan Rakyat @ 11:56 PM   0 comments
PKR Tanding Parlimen Pengerang Dan DUN Tanjung Surat.
Friday, February 15, 2008
Pengerang: Beberapa isu termasuk rasa tidak puas hati orang ramai terhadap wakil rakyat Parlimen pengerang sudah dikenali pasti dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sudah membuat keputusan untuk mencabar BN pada pilihanraya ke 12.

Ketua PKR Bahagian Pengerang, Abdul Razak Esa berkata, “ketika ini ada lebih dua ribu ahli yang mendaftar dalam bahagian ini. Pada mulanya kami cuba tumpu pada Sedili, tetapi sokongan di kawasan Pengerang kami dapati lebih kuat dan banyak isu sudah dikenal pasti. Kaum cina juga sudah ramai yang menjadi penyokong dan ahli kami.”

Abdul Razak merupakn bekas calon Keadilan bagi DUN Pengerang pada pilihan raya 1999 dan untuk pilihan raya ke 12 yang dijangka 8 Mac ini. Abdul Razak sekali lagi bakal bertanding di kawasan DUN Tanjung Surat , yang dahulunya adalah sebahagian DUN Pengerang.

Ketika ini, DUN Tanjung Surat diwakili oleh Datuk Harun Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang.

Pilihan raya 2004, Harun dicabar oleh calon Pas dan beliau menang dengan majoriti besar, untuk kerusi Parlimen Pengerang dan DUN Penawar BN ketika itu menang tanpa bertanding apabila Pas gagal mengemukakan calon berikutan ada masalah kepada calon berkenaan.

Mengenai isu-isu yang sudah dikenaal pasti di Pengerang, Razak berkata isu penampilan Harun yang sudah dua penggal menjadi wakil rakyat disitu menjadi bahan cerita ramai pengundi. Sifat beliau yang kasar, tidak beradab dan tidak menghormati pengundi pada masa-masa tertentu membuat orang ramai marah kepadanya.

“Saya diberi tahu penduduk, karektor Harun yang kasar membuat penduduk kecil hati dan marah kepada beliau. Terutama bila bercakap tentang peruntukan dan bantuan Umno atau kerajaan kepada penduduk kampong”.

“Saya tidak menyerang isu peribadi, itu hak beliau walaupun ahli-ahli Umno bahagian ini ada menceritakan hal peribadinya kepada saya, tetapi saya tidak ambil soal itu. Apa yang harun kena tahu, penduduk sudah mula membenci dan tidak menyenangi cara beliau, jadi kena ubah pendekatanlah”katanya.

Katanya lagi, Umno bahagian Pengerang di bawah pimpinan Harun juga sering membuat ugutan dan menghantar surat amaran terutama kepada kakitangan kerajaan atau individu yang dikenal pasti menjadi ahli parti pembangkang.

Baru-baru ini, sebuah restoran di Sungai Rengit, dimana tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli PKR mengadakan jamuan makan malam juga turut diberi amaran oleh Harun. Pekara seumpama ini dianggap kurang hajar, kerana pemilik restoren itu adalah warga Thai dan mereka tiada kaitan dengan politik, sepatutnya soal berniaga tidak patut dicampur aduk dengan politik kerana beliau hanya mahu mencari rezeki.

Turut menerima ugutan adalah nelayan-nelayan di Sungai Rengit yang menjadi ahli PKR. Mereka mengadu telah diugut oleh Harun menyebabkan subsidi minyak mereka boleh di tarik balik jika menyokong pembangkang. Pekara yang sama turut didedahkan oleh seorang ahli PKR cawangan itu dan juga nelayan dikawasan tersebut, iaitu Tan Ha Beng.

Satu lagi isu yang dibangkitkan mengenai penukaran nama Kampung Baru Teluk Ramunia kepada nama Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman. Ramai penduduk kampong tidak bersetuju dan mereka tahu usaha ini adalah rancangan harun dan Umno bahagian. Sehubungan perkara tersebut, satu jawatankuasa bertindak membantah penubuhan nama kampung itu telah dibuat dan usaha menggunakan mahkamah telah digerakkan.

Ketika ceramah Ketua Umum keadilan, Datuk Seri Anwar di Teluk Ramunia yang lepas, beliau turut membangkitkan isu tersebut. Dalam nada sindiran, Datuk Seri Anwar sendiri mengatakan semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu hingga sekarang, tiada satu pun nama kampung yang beliau cadangkan ditukar kepada nama ‘Kampung Anwar Ibrahim’.

“Susulan tindakan Jawatankuasa Bertindak Bantahan itu, saya dan peguam PKR telah menyiapkam laporan dan akan membawa pekara ini ke mahkamah. Kami percaya, harapan untuk mereka mahu mengembalikan semula nama asal kampung itu akan berhasil”katanya.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 11:53 PM   0 comments
Najib terhimpit dan bakal tersingkir
Sunday, February 10, 2008
KAMAL AMIR MENULIS

Dari kaji selidik yang dilakukan oleh kalangan orang keliling menantu kesayangan Perdana Menteri itu amat yakin Barisan Nasional mampu meraih kemenangan 2/3 seperti yang diimpikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan pilihanraya kali ini juga turut melihat hampir keseluruhan penyokong setia Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak digugurkan sebagai calon.

AKHIRNYA Abdullah Ahmad Badawi akur juga dengan kehendak dan tuntutan menantu kesayangannya supaya pilihanraya umum ke 12 dilakukan awal tahun ini. Teka teki berhubung persoalan tarikh tersebut kian terjelma apabila beliau memilih angka empat sebagai paksi “fungsui”nya di mana pembubaran Dewan Rakyat bakal dilakukan pada 13 Februari 2008 di mana (1+3 = 4).

Sementara tarikh penamaan calon pula diadakan pada tanggal 22 Februari 2004 (2+2=4) dengan hari pembuangan undi pula diadakan pada tanggal 1-3-2008 (sekali lagi 1 + 3 = 4). Begitulah menurut sumber terdekat dengan orang kuat tingkat empat di Jabatan Perdana Menteri.

Biarpun menurut perkiraan numerology masyarakat Tionghua empat membawa maksud “mati” namun sebagai perkiraan falaq tafsiran Tajul muluk yang menjadi sebahagian daripada rujukan imam besar mahzab Islam Hadhari, bulan safar yang menjelmakan angka empat adalah sebagai sirna kegemilangan untuk Abdullah…. Walahualam!!!

Biar apa pun seandainya benar kenyataan pembubaran Dewan Rakyat dilakukan bererti sekali lagi seluruh rakyat yang mendaftar dengan suruhanjaya pilihanraya serta mencapai usia melebihi 21 tahun bakal berpeluang memilih wakil mereka untuk menjadi ahli Dewan Rakyat di mana untuk kali ini sejumlah 222 kerusi Parlimen akan ditandingi.

Dari jumlah tersebut sebanyak 166 kerusi diperuntukkan di bahagian-bahagian seluruh Semenanjung Malaysia sementara Sabah 25 kerusi dan Sarawak 31 kerusi menjadikan keseluruhannya berjumlah 222 kawasanParlimen.

Selain dari memilih ahli Parlimen, rakyat juga bakal memilih calon-calon bagi kerusi Dewan Undangan negeri kecuali negeri Sarawak yang diadakan pada tarikh dan waktu yang lain. Menurut perangkaan suruhanjaya pilihanraya dari 576 kerusi Dewan Undangan Negeri rakyat akan memilih sejumlah 505 kerusi kerana 71 kerusi diperuntukkan bagi negeri Sarawak.

Disebabkan terlalu tingginya keyakinan Abdullah Ahmad Badawi terhadap kemampuan menantu kesayangannya Khairy Jamaluddin ( si Kitol abad ini ) menjadi perancang utama setiap gerakan politiknya maka diberitakan dari 222 buah kerusi Parlimen terdapat sebanyak 47 kerusi bakal ditandingi oleh orang keliling serta kroni politik anak muda keris berjulung itu.

Dalam erti kata lain ikrar dan persetujuan dalam pertemuan di Perth Australia 20 Januari 2008 yang dikatakan turut dihadiri sama oleh Abdullah Ahmad Badawi telahpun meluluskan sejumlah 47 muka baru bakal ditonjolkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen di mana kebanyakan calon datangnya dari kalangan pengikut setia dan “balaci” politik Khairy Jamaluddin.

Mengikut sumber tersebut pecahan kerusi tersebut adalah : 2 di Perlis, 6 Kedah, 6 Perak, 7 Selangor, 2 Wilayah Persekutuan, 3 Negeri Sembilan, 3 Melaka, 5 Johor, 4 Pahang, 1 Terengganu, 2 Kelantan, 2 Sabah dan 4 Sarawak.

Bagaimanapun sebahagian besar dari kerusi tersebut juga dikatakan bakal berubah menjadi lebih seandainya ketua perhubungan Umno Kelantan mampu meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi agar lebih ramai lagi muka baru ditonjolkan. Disamping itu kedudukan di Pulau Pinang masih samar-samar kerana terdapat perbalahan serta perpecahan sebegitu teruk diantara pimpinan MCA dan Gerakan serta MIC yang masih berebut untuk menambahkan lagi kuota kerusi kepada mereka.

Dari kaji selidik yang dilakukan oleh kalangan orang keliling menantu kesayangan Perdana Menteri itu amat yakin Barisan Nasional mampu meraih kemenangan 2/3 seperti yang diimpikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan pilihanraya kali ini juga turut melihat hampir keseluruhan penyokong setia Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak digugurkan sebagai calon.

Kalaupun ada kalangan mereka yang tinggal hanyalah penyokong serta juak yang sudahpun menukar kiblat mereka kepada Khairy Jamaluddin seperti Ahmad Zahid Hamidi, Jamaluddin Jarjis dan Nazri Tan Sri Aziz. Selebihnya mereka pasti akan digugurkan sebagai peluang terbaik bagi menantu Perdana Menteri memperkukuhkan kedudukannya untuk menyingkirkan Najib seusai musim pilihanraya nanti.

Kerusi-kerusi Parlimen yang bakal menyaksikan pertukaran calon adalah seperti berikut:-
Sarawak kerusi Parlimen yang bakal berubah adalah Kota Samarahan, Batang Sadong, Sarikie dan Santubong. Sementara Perlis menyaksikan dua menteri penuh bakal digugurkan terdiri dari Azmi Khalid dan Radzi Sheikh Ahmad bagi kerusi Padang Besar dan Kangar. Kedudukan Syed Razlan tidak berubah.

Kedah bakal menyaksikan enam muka baru dari kalangan “orang rapat” Khairy dengan kerusi Kulim Bandar Baru diberikan kepada Aziz Sheikh Fadzir disamping itu kerusi Parlimen Langkawi, Sungai Petani, Baling, Sik dan Merbok bertukar ganti.

Enam kawasan di Perak bakal menyaksikan muka baru terdiri dari Parit Buntar, Tasek Cenderoh, Parit, Kuala Kangsar, Gerik dan Beruas sementara Selangor pula menyaksikan tujuh kawasan yang bakal menonjolkan muka baru terdiri dari Shah Alam, Gombak, Ampang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Serdang dan Tanjung Karang.

Dua kerusi di Selangor diasaskan sebagai usaha Abdullah mahu memperlihatkan persoalan moral pemimpin yang bersih kerana kedua-dua wakil rakyat tersebut dikatakan menjadi bahan bualan kedai kopi dan pasaran politik negara kerana dikatakan terseret dalam persoalan cinta terlarang yang boleh menjadi ledakan skandal rumahtangga sementara satu kerusi lagi disebabkan sudah semakin tersebar cerita kes rasuah dan serbuan disebuah kelab karaoke.

Wilayah Persekutuan pula menyaksikan dua kerusi Parlimen di Titiwangsa dan Putrajaya bakal bertukar ganti dengan calon muka baru di mana Titiwangsa adalah sebagai memenuhi tuntutan Umno bahagian tersebut yang menghantar bantahan serta memorandum agar wakil rakyat dikawasan tersebut seharusnya dipilih dikalangan pimpinan bahagian itu.

Penyingkiran Tengku Adnan Tengku Mansor dari bertanding kerusi Putrajaya adalah merupakan ekoran dari pendedahan pita video V.K Lingam yang tidak hanya diledakkan oleh pimpinan parti Keadilan tetapi ia turut dijadikan modal paling ampuh bagi membolehkan anak emas Khairy Jamaluddin bernama Datuk Ahmad Zaki menggantikannya. Biar apapun terdapat juga kemungkinan menantu Perdana Menteri menjadikan Putrajaya sebagai kerusi paling selamat untuk dirinya dari bertanding di Rembau Negeri Sembilan.

Tiga kerusi Parlimen yang bakal menyaksikan perubahan di Negeri Sembilan adalah bagi kawasan Kuala Pilah, Jelebu dan Rembau di mana percaturan politik negeri adapt pepatih itu di lihat semakin bergolak dan untuk tujuan tersebut selain dari tiga kerusi Parlimen terdapat juga sejumlah 14 kerusi Dewan Undangan Negeri dari jumlah 36 kerusi bertukar tangan.

Melaka bakal menyaksikan perubahan kerusi bagi Parlimen Masjid Tanah yang bakal diperuntukan kepada Datuk Norza Zakaria , Jasin dan juga Tanga Batu sebagai pertukaran untuk Datuk Ali Rustam berpindah dari negeri Melaka untuk diangkat sebagai menteri penuh di peringkat kerajaan federal dalam usaha menyediakan laluan mudah apabila sampai masanya Khairy Jamaluddin memintas Hishamuddin Tun Husein seterusnya menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lima kerusi Parlimen di Johor pula melibatkan kawasan Bakri, Labis (kedua-duanya dari kumpulan yang disingkirkan oleh MCA) Parit Sulong, Simpang Rengam, Seri Gading dan Semberong disebabkan kemungkinan besar Hishamuddin di hantar pulang ke peringkat negeri untuk tidak lagi menjadi pesaing kepada percaturan politik Khairy untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri di usia empat puluh tahun.

Pahang pula menyaksikan empat kerusi Parlimen bertukar ganti di mana Bera yang diwakili oleh Ismail Sabri akan digantikan dengan calon pilihan Khairy termasuk kerusi Temerloh, Paya Besar dan Cameron Highlands sementara Terengganu pula hanya menyaksikan satu sahaja perubahan melibatkan kawasan Hulu Terengganu. Kalaupun Idris Jusoh mungkin digantikan oleh Datuk Wan Farid (setiausaha politik Abdullah ) beliau mungkin berubah kawasan yang belum dipastikan.

Kelantan pasti menyaksikan dua kerusi bertukar calon melibatkan Parlimen Kota Bharu dan Tanah Merah. Bagaimanapun berita semakin tersebar kencang untuk kumpulan Anwar Musa menolak Tengku Razaleigh Hamzah dari bertanding di Gua Musang sebagai tempat selamat untuk dirinya sendiri seandainya Datuk Alwi masih bertegas mahu bertanding di kerusi Ketereh.

Sabah setakat ini dikhabarkan dua kawasan pasti bertukar ganti adalah bagi Parlimen Kalabakan dan Semporna kerana Datuk Shafie Afdal semakin diyakini oleh Abdullah untuk dibawa pulang ke negeri bawah bayu bagi kelangsungan politik masa depan menantunya.

Melihat dari perubahan sejumlah 47 kawasan Parlimen yang sebahagian besar akan diisi oleh para juak serta hulubalang Khairy Jamaluddin pastinya perpecahan dikalangan pimpinan Umno semakin terserlah dan bagaikan “retak menanti belah” di mana kedudukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kian diasak untuk tidak lagi menyimpan angan menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.

Penyingkiran lebih lapan puluh peratus penyokong Najib di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (insyallah akan kita siarkan dicatatan akan datang) adalah sebagai isyarat awal Khairy Jamaluddin yang pasti bakal “menyembelih” Najib sebagai korban politik pertamanya.

Pendedahan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir kononnya Abdullah hanya layak sebagai Perdana Menteri untuk tempoh satu penggal sebelum menyerahkan kepada Najib menjadi iltizam serta semangat berkobar-kobar Khairy mahu “meletakan paku terakhir bagi keranda politik Datuk Najib”. Begitulah perkhabaran yang dibawa dari Perth , Australia selepas malam 20 Januari 2008.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 6:06 PM   0 comments
About Me

Name: Parti Keadilan Rakyat
Home: Bumi, Malaysia, Uruguay
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
CHATTING

Tagboard by Tag-Board.Org
Name:

URL or Email:

Message [Smilies]:

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2006 KeADILAN Rakyat .Template by Isnaini Dot Com