WELCOME
MASA
PKR LINKS

PKR JOHOR
PKR SELANGOR
PKR NEGERI SEMBILAN
PKR HULU SELANGOR
PKR KUANTAN
PKR SABAH
PKR SARAWAK
PKR WANITA
PKR VIDEO
FRIENDSTER ANUAR IBRAHIM
AMK GOMBAK
PEMUDA KEADILAN
PARTI ALTERNATIF
ANUAR IBRAHIM BLOG
SUARA KEADILAN

BLOG LINKS

TOK JANGGUT
M@RHAEN
BOIKOT PRU
AMIN ISKANDAR @ BLACK
MINDA KEMBARA
TRANUNGKITE.NET
KAMALUDDIN BLOG
WEBSITE LINKS

MALAYSIA TODAY
HARAKAH DAILY
DAP MALAYSIA
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
ANAK DAN BAPAK SAMA PENIPU
Wednesday, June 18, 2008
Boleh tergelak besar bila membaca komen yang diberikan oleh Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir bila mana beliau tidak berasa malu untuk terus memegang jawatan tersebut walaupun telah keluar dari UMNO. Mokhzani juga turut mengatakan beliau menjalankan tanggungjawabnya secara sukarela dan sanggup berkorban untuk mempromosikan sukan bermotor itu.

Sungguh cekap putera Mahathir ini bermain sandiwara dengan memberikan kenyataan yang sedemikian rupa seolah-olah beliau begitu suci memikul tugas tersebut tanpa mendapat sebarang keuntungan di atas jawatan yang diberikan itu.

Namun begitu Mokhzani nampaknya seakan terlupa untuk meneruskan kenyataan dan menceritakan keseluruhan cerita mengenai keuntungan diperolehi oleh beliau selaku Pengerusi SIC. Andainya beliau terlupa, ada baiknya kita selaku ahli UMNO yang setia mengingatkan beliau.Jawatan sebagai pengerusi, SIC di berikan atas kuota untuk ahli UMNO.

Jawatan tersebut tidak mungkin diberikan begitu sahaja sekiranya bukan atas kapasiti ahli UMNO. Mana mungkin kerajaan memberikan jawatan itu untuk disandang oleh mereka yang bukan ahli. Ramai lagi ahli UMNO yang berbakat dan berkelayakan berbanding beliau yang wajar diberikan pertimbangan.

Yang pelik dan hairannya, Mokhzani sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menerajui anak syarikat kerajaan ini, dengan sombong dan bongkaknya sanggup mengkritik kepimpinan kerajaan. Tapi itulah putera kepada Mahathir, perangai dan tindak tanduknya sudah pasti mencerminkan bapanya.

Mahathir contohnya, walaupun dengan keras mengkritik kepimpinan Pak Lah sehingga sanggup keluar dari parti keramat orang melayu ini, namun dimasa yang sama masih lagi menjadi penasihat kepada Petronas dan menerima elaun bulanan. Nasihat kepada mereka ini, cubalah jadi insan yang bermaruah. Janganlah jadi seperti anjing yang suka menyalak tapi ekor bergelumang dengan taik.

Berbaik kepada isu Mokzani tadi yang menegaskan beliau hanyalah seorang sukarelawan yang berkhidmat atas kapasiti minat yang mendalam kepada sukan bermotor ini. Tapi di samping minatnya itu, beliau juga mempunyai minat yang lain iaitu berminat untuk menghimpunankan kekayaan buat sanak saudaranya.

Sekiranya betullah sepanjang menjadi pengerusi di SIC beliau tidak mendapat sebarang faedah, mengapa pula kontrak untuk penyedian katering diberikan kepada abang iparnya? Itu bukannya minat.

Mengapakah semua konsert sepanjang temasya sukan bermotor ini diberikan kepada sepupunya? Itu bukannya minat..

Tidak cukup dengan itu, kebanyakkan ahli keluarga dan sanak saudaranya juga telah di anugerahkan dengan pelbagai keistimewaan dan keuntungan sepanjang beliau menjadi pengerusi. Itu juga bukannya minat.Itu belum lagi kita memperkatakan mengenai ‘night time contract’ yang beliau perolehi. Istilah night time contract yang digunakan adalah merujuk kepada kontrak yang bernilai jutaan ringgit yang ditandatangani tanpa pengetahuan orang lain atau diberikan secara terus.

Oleh itu dakwaan beliau yang mengatakan tidak mendapat sebarang keuntungan dan menjawat jawatan ini sebagai sukarela adalah tidak benar sama sekali. Sebagai pengerusi SIC, beliau dan sanak saudaranya telah dilimpahi dengan pelbagai kesenangan.

Maka berhentilah dari terus menipu rakyat, selama 22 tahun rakyat telah ditipu dan ditindas oleh rejim ayahnya. Sebelum lebih banyak onar dan kerakusan beliau dan keluarganya dibongkarkan untuk tatapan rakyat, ada baiknya beliau berhenti dari terus menghina dan mengeji kepimpinan Pak Lah.

Biarlah Pak Lah menerajui negara ini mengikut acuan dan kehendaknya. Selagi rakyat terus memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pak Lah biarlah negara ini diuruskan dengan caranya. Tidak perlu rasanya campur tangan dari mantan perdana menteri dan anak-anak mantan perdana menteri.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 12:18 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: Parti Keadilan Rakyat
Home: Bumi, Malaysia, Uruguay
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
CHATTING

Tagboard by Tag-Board.Org
Name:

URL or Email:

Message [Smilies]:

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2006 KeADILAN Rakyat .Template by Isnaini Dot Com