WELCOME
MASA
PKR LINKS

PKR JOHOR
PKR SELANGOR
PKR NEGERI SEMBILAN
PKR HULU SELANGOR
PKR KUANTAN
PKR SABAH
PKR SARAWAK
PKR WANITA
PKR VIDEO
FRIENDSTER ANUAR IBRAHIM
AMK GOMBAK
PEMUDA KEADILAN
PARTI ALTERNATIF
ANUAR IBRAHIM BLOG
SUARA KEADILAN

BLOG LINKS

TOK JANGGUT
M@RHAEN
BOIKOT PRU
AMIN ISKANDAR @ BLACK
MINDA KEMBARA
TRANUNGKITE.NET
KAMALUDDIN BLOG
WEBSITE LINKS

MALAYSIA TODAY
HARAKAH DAILY
DAP MALAYSIA
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
MB Johor & Adun Tg Surat ditaktor.
Tuesday, October 2, 2007
Oleh: bob

Tanggal 30hb September, menjadi satu detik sejarah bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila berjaya menganjurkan ceramah parti dalam keadaan damai dan pertama kali juga BA dapat tembusi kubu kuat UMNO di Pengerang, kota tinggi.

Terletak di kampong Sebong, rumah banglo 2 tingkat menjadi nadi dan pusat penggerak bagi PKR untuk melebarkan sayapnya dikawasan pengerang. justeru itu,Pemuda Keadilan telah menjemput beberapa penceramah dari KL dan Kota Tinggi untuk memberikan serba sedikit keterangan mengenai pemimpin Negara yang semakin rakus terhadap kepimpinan mereka.

Tetamu yang sudi hadir untuk memberi ceramah pada malam tersebut ialah Yg Dipertua Pas Tuan Haji Kamaruddin , Naib Ketua Keadilan Pusat En Aminuddin dan Ketua Keadilan Kota Tinggi En Abdul Razak.

Kamarudin berkata, pemuda-pemudi di kawasan Kota Tinggi kini berhadapan dengan masalah keruntuhan akhlak dan moral yang begitu teruk sehingga mencapai di tahap yang membimbangkan. Walaupun ibu bapa berperanan penting dalam mengawasi anak-anak mereka, tetapi yang menjadi persoalan kini, di mana peranan Majlis Agama.

Salah satu faktor yang membuatkan remaja di kawasan pengerang berada di tahap membimbangkan kerana rancangan kerajaan dan pemimpin yang gemar membawa hiburan yang boleh dikatakan tidak mendatangkan faedah terhadap remaja dan penduduk.

Apabila terlalu banyak hiburan, remaja mudah terpengaruh dan pergaulan bebas juga berleluasa.

Di mana Pegawai Agama Islam ? di mana tanggungjawab Majlis Agama dalam membendung kegiatan remaja yang tidak bermoral?

Kamarudin juga menyentuh isu berkaitan syarikat Air Johor yang banyak menanggung hutang dengan kerajaan Pusat. Bagaimana Menteri Besar mentadbir Negeri Johor dengan hutang air yang begitu banyak.? Sedangkan negeri kelantan yang ditadbir oleh BA tidak menanggung hutang yang tinggi berbanding dengan negeri Johor.

“Bagaimana kerajaan Johor boleh berhutang begitu banyak dengan kerajaan pusat, Ghani Othman buat apa”? soalnya.

Abdul Razak juga tidak ketinggalan menceritakan mengenai laporan audit IKBN yang meragukan. Sepatutnya sisatan dalaman yang lebih terperinci dijalankan agar duit Kerajaan tidak di salahgunakan oleh pihak-pihak yang rakus.

Tidak masuk akal jika kita katakan sebuah set pemutar skru berharga RM2500 sedangkan harganya baru mencecah RM50. bukan itu sahaja, Jet Hidraulik juga dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit sedangkan harganya 10 kali ganda berkurangan dari harga sebenar.

Aminuddin dan Abdul Razak membongkar segala kegiatan ADUN Tg Surat Yb Harun dan Menteri besar Johor yang banyak menyeleweng dari tugasan dan kerakusan mereka.

Abdul Razak mengulas mengenai tingkah laku Ghani Othman yang menjelikkan dan gila kuasa kerana menukar nama Kg Baru kepada Kampung Datuk Haji Abdul Ghani Bin Othman. Penduduk tidak akan mengiktiraf nama kampung tersebut kerana belum diwarta dan di gazetkan dengan nama Kg Ghani Othman.

Ini adalah salah satu taktik kotor yang dimainkan oleh Ghani untuk mendapatkan satu penggal lagi setelah mendapat 2 penggal dalam pentadbirannya. Nama Kg Baru tetap tidak akan ditukar kepada Kg Ghani Othman.

Ini masalah YB Harun pula. Dulu YB pernah menjanjikan kemudahan infrastruktur kepada penduduk felda Adela seperti membuat jalan Tar agar penduduk berasa lebih selesa untuk keluar masuk ke kawasan kampung. Tetapi sehingga ke hari ini, satu jalan Tar yang di janjikan tidak nampak. Entah kemana janjinya dulu.

Seterusnya, tingkahlaku YB Harun selaku ADUN tidak banyak membantu masyarakat melayu malah melebih-lebih kan orang cina dalam apa jua cara sekalipun.Di sebabkan sikap pemimpin seperti Ditaktor inilah yang membuatkan ramai yang mahu menuntut keadilan agar suara mereka di dengar dan tidak terus di tindas selamanya.

Penduduk semakin miskin dan tetap menjadi nelayan yang hanya memperoleh pendapatan anggaran RM50 sehari, tetapi YB Harun saling menukar kereta sehingga memiliki 9 biji kereta mewah kepunyaannya. Dari mana datang duitnya yang banyak itu jika ia bukan milik rakyat.

Bangunlah penduduk pengerang, jangan biarkan diri dan keturunan kita dihimpit oleh pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri serta mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.


Mereka berdua nyata gila kuasa, harta dan rakus seperti anjing…
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 6:33 PM   0 comments
About Me

Name: Parti Keadilan Rakyat
Home: Bumi, Malaysia, Uruguay
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
CHATTING

Tagboard by Tag-Board.Org
Name:

URL or Email:

Message [Smilies]:

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2006 KeADILAN Rakyat .Template by Isnaini Dot Com