WELCOME
MASA
PKR LINKS

PKR JOHOR
PKR SELANGOR
PKR NEGERI SEMBILAN
PKR HULU SELANGOR
PKR KUANTAN
PKR SABAH
PKR SARAWAK
PKR WANITA
PKR VIDEO
FRIENDSTER ANUAR IBRAHIM
AMK GOMBAK
PEMUDA KEADILAN
PARTI ALTERNATIF
ANUAR IBRAHIM BLOG
SUARA KEADILAN

BLOG LINKS

TOK JANGGUT
M@RHAEN
BOIKOT PRU
AMIN ISKANDAR @ BLACK
MINDA KEMBARA
TRANUNGKITE.NET
KAMALUDDIN BLOG
WEBSITE LINKS

MALAYSIA TODAY
HARAKAH DAILY
DAP MALAYSIA
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Mana keadilan - pemuda Melayu dipenjara, Hindraf dilepaskan!
Wednesday, December 26, 2007
Di manakah keadilan? Cuba anda bayangkan mangsa yang cedera ditembak polis tidak dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah, sedangkan 31 lelaki yang pernah dituduh cuba membunuh seorang penjawat awam dilepaskan.

Inilah nasib malang yang menimpa Suwandi Abdul Ghani dan Mohamad Azman Aziz yang kini ditahan di Penjara Terbuka Marang setelah Hakim Mahkamah Sesyen, Hassan Abdul Ghani pada 9 Disember lalu tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Manakala anggota Hindu Action Right Force (Hindraf) yang ditahan polis semasa perhimpunan di Kuala Lumpur, 25 November dibebaskan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

"Ini bukan soal perkauman, tetapi kita mahu menuntut di mana keadilannya. Dua anak muda Melayu yang ditembak polis sehingga cedera parah tidak dibenarkan ikat jamin.

"Manakala dalam kes lain di mana anggota Hindraf yang dikatakan mendatangkan kecederaan kepada angota polis pula dibebas. Mana keadilannya dalam isu ini," kata bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Dato' Ibrahim Ali.

Sebagaimana juga kata Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar dua orang awam yang ditembak polis didakwa serta dipenjarakan tanpa ikat jamin, seolah-olah menggambarkan Malaysia menggunakan hukum 'rimba'.

Pada kejadian berdarah di Batu Burok 8 September lalu dua pemuda Melayu, Muhdmmad Azman Aziz, 21 dan Suwandi Abd Ghani, 38, ditembak seorang anggota polis pada satu perhimpunan.

Difahamkan tembakan secara rambang tersebut menebusi dada mereka, manakala Suwandi terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu bagi mengeluarkan peluru yang terbenam dalam dadanya.

Ibrahim berkata, dua tragedi yang berlaku itu diselesaikan secara tidak adil kerana Barisan Nasional (BN) mahu menarik sokongan orang India pada pilihan raya umum akan datang.

"Jelas isu di antara Batu Burok dan Kuala Lumpur bermotif politik kerana ia diselesaikan secara tidak adil. Saya bukan mahu menghasut tetapi perkara seperti itu perlu diberitahu kepada rakyat," katanya pada ceramah di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV di sini, baru-baru ini.

Mengulas isu yang sama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, dua isu yang berlaku di Kuala Lumpur dan Batu Burok memperlihatkan kerajaan telah mempengaruhi sistem perundangan di negara ini.

Ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam sempena pungutan derma untuk Tabung pilihan Raya PAS Kota Bharu baru-baru ini katanya, sistem perundangan di negara ini boleh ditarik atau ditolak sesuka hati.

"Pada awalnya saya bayangkan peserta perhimpunan Hindraf akan mengalami nasib sama seperti dua pemuda Melayu di Batu Burok yang tidak dibenarkan ikat jamin.

"Lebih menghairankan lagi tuduhan yang dikenakan terhadap Suwandi dan Azman juga sudah agak lewat," ujarnya beliau.

Oleh itu, Nasharuddin berharap Perdana Menteri memastikan dua pemuda Melayu juga dibebaskan seperti yang berlaku terhadap peserta Hindraf.

"Saya bukan mahu membangkitkan soal perkauman, tetapi isu yang paling jelas di sini bagaimana keputusan pentadbiran perundangan itu berlainan antara kes di Batu Buruk dan Batu Caves," ujarnya.

Suwandi dan Azman kini didakwa di bawah seksyen 149 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda.

Sementara itu dalam majlis yang sama, anggota jawatankuasa KeADILan Pusat, N Gobalakrishnan berkata, dalam tempoh sebulan beliau sudah empat kali ditahan polis sehingga terpaksa bermalam di lokap dan penjara.

Menurutnya sepanjang ditahan beliau ditempatkan di lokap Balai Polis di Shah Alam, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur , selain itu turut ditahan di penjara Sungai Buluh dan Pudu.

Kata beliau biarpun diugut kerajaan BN dengan menahan sesuka hati, namun beliau tidak pernah gentar untuk terus berjuang bagi menegakkan keadilan di negara ini.

Beliau juga menjelaskan perhimpunan Hindraf pada 25 November lalu sebenarnya bagi menuntut pampasan daripada kerajaan Britain selepas membawa masuk orang India ke ladang kira-kira 100 tahun lalu.

"Pada 1907 masyarakat India dibawa bekerja di ladang di Setiawan Perak sehingga menyebabkan ramai yang susah sehingga sekarang. Hindraf telah memfailkan kes itu di England dengan menuntut kerajaan Britain membayar sebanyak 1 juta paun Sterling kepada setiap orang India," katanya.

Beliau juga memberitahu Hindraf tidak pernah memusuhi orang Melayu sebaliknya bermusuh dengan pemimpin Umno yang menganiayai mereka.

Menurutnya pada zaman awal kemerdekaan di negara ini terdapat 1,000 sekolah Tamil, namun sekarang sudah tinggal 542 buah.

Kata beliau, perjuangan sebenar Hindraf telah diselewengkan media arus perdana sehingga menyebabkan masyarakat tidak faham perkara sebenar yang berlaku.

Hadir sama pada ceramah itu, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 4:51 PM   0 comments
Hak berhimpun tidak boleh disekat Akta Polis
Pakar undang-undang dan perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari menegaskan kerajaan tidak boleh marah jika ada pihak yang menyifatkan kualiti demokrasi di negara ini sangat rendah.

Katanya, amalan demokrasi di negara lain membenarkan perhimpunan aman dan kebebasan bersuara, berpersatuan di kalangan masyarakat sivilnya.

Tetapi di Malaysia, ia sebaliknya kerana kerajaan menutup ruang berhimpun dengan menggunakan Akta Polis sebagai penghalang kepada hak yang sebenarnya terjamin dalam perlembagaan, katanya semasa ditemuramah Harakah baru-baru ini.

"Sepatutnya perhimpunan aman seperti anjuran Bersih tidak diganggu oleh polis dan rekod gangguan ini sebenarnya telah lama berlaku; termasuk ketika mahasiswa mengadakan demonstrasi di ibu negara pada Disember 1974 dahulu.

"Hak mengadakan himpunan aman itu adalah hak yang dijamin dalam negara demokrasi. Ia bukan hak yang diberi atas dasar belas ihsan oleh pemerintah.

"Sama ada isu atau rungutan itu wajar atau sebaliknya adalah soal lain dan pihak polis bukan pihak yang sepatutnya diberi tanggung jawab untuk menangani perhimpunan aman itu," tegasnya yang juga Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIAM.

Menurut Aziz, hak berhimpun terjamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan ini menunjukkan bahawa hak ini bukan ihsan pihak berkuasa kerana ia adalah hak yang penting yang dijamin oleh perlembagaan
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 4:46 PM   0 comments
Masih Tak Percaya Lagi Harun Jahat ?
Monday, December 3, 2007
Penulis: bob

PENGERANG – Luahan penduduk mengenai pemimpin mereka kini sudah tidak dapat dibendung lagi malah, Adun Tg Surat YB Harun terus-terusan menjadi bualan masyarakat setempat. Beliau ibarat igauan ngeri bagi penduduk pengerang.

Iaguan ngeri masyarakat mengenai jembalang Harun kini ibarat sebuah filem seram dan jembalang tersebut mesti di halau atau di musnahkan serta merta. Itulah rungutan serta gambaran penduduk Pengerang mengenai jembalang harun yang tidak serik menghisap darah rakyat.

Seorang anak jati Pengerang Abdullah Bin Mantik baru-baru ini menyatakan kekesalannya mengenai tindakan YB Harun yang semakin melampaui batas dan tidak menjaga kepentingan masyarakat penduduk. Beliau menyatakan ketidakpuasan hatinya mengenai isu Pejabat Tanah Kampung Pengerang.

“Pejabat tanah tu dah lama ada kat situ, sekarang YB Harun dah alihkan ke Penawar, sebab nak majukan kawasan kuncu-kuncunya. Siapa yang susah? Orang kampung nak pergi ke sana jauh, duit minyak nak pakai, kita bukannya orang senang” katanya.

Di maklumkan, Pejabat Tanah tersebut sebelum ini telah bertapak di Kampung Pengerang sejak sekian lamanya. Tetapi, kemudahan tersebut kini semakin membebankan mereka apabila Pejabat Tanah telah dipindahkan ke Bandar Penawar. Beliau juga berpendapat, tindakan Harun itu merupakan satu pembaziran harta kerajaan dan bakal membina kemunduran di Kampung Pengerang dari segi pembangunan.

Selain isu Pejabat Tanah, salah seorang masyarakat Pengerang Norazan Abdullah juga mengeluarkan isu mengenai salah satu Projek YB Harun iaitu projek pasir.

Norazan memberitahu, YB Harun menjalankan projek mencuri pasir seluas 100 ekar di bawah kawasan Pengerang. Difahamkan, projek curi pasir tersebut di jual kepada Singapura dan kini sedang giat berjalan lancar tanpa sebarang tindakan diambil dari mana-mana pihak.

Jika benar dakwaan tersebut, dimanakan pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi memantau aktiviti mencuri pasir yang dikatakan semakin berleluasa? Adakah rasuah menjadi pegangan utama mereka?

Penduduk kampung berhak menentukan nasib mereka di kemudian hari dari terus di tindas oleh pemimpin mereka yang rakus dan dahagakan kekayaan semata-mata. Jangan salahkan mereka jika keADILan menjadi pegangan mereka untuk menunjukkan protes mereka terhadap kepimpinan wakil rakyat sedia ada.




Ini adalah antara gambar-gambar projek mencuri pasir seluas 100 ekar YB Harun yang diambil dari sebuah helicopter di kawasan Pengerang. Difahamkan, projek curi pasir tersebut di jual kepada Singapura dan kini sedang giat berjalan lancar tanpa sebarang tindakan diambil dari mana-mana pihak.

posted by Parti Keadilan Rakyat @ 1:10 AM   0 comments
About Me

Name: Parti Keadilan Rakyat
Home: Bumi, Malaysia, Uruguay
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
CHATTING

Tagboard by Tag-Board.Org
Name:

URL or Email:

Message [Smilies]:

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2006 KeADILAN Rakyat .Template by Isnaini Dot Com