WELCOME
MASA
PKR LINKS

PKR JOHOR
PKR SELANGOR
PKR NEGERI SEMBILAN
PKR HULU SELANGOR
PKR KUANTAN
PKR SABAH
PKR SARAWAK
PKR WANITA
PKR VIDEO
FRIENDSTER ANUAR IBRAHIM
AMK GOMBAK
PEMUDA KEADILAN
PARTI ALTERNATIF
ANUAR IBRAHIM BLOG
SUARA KEADILAN

BLOG LINKS

TOK JANGGUT
M@RHAEN
BOIKOT PRU
AMIN ISKANDAR @ BLACK
MINDA KEMBARA
TRANUNGKITE.NET
KAMALUDDIN BLOG
WEBSITE LINKS

MALAYSIA TODAY
HARAKAH DAILY
DAP MALAYSIA
PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Hishamuddin Perlu disiasat
Wednesday, September 19, 2007
Oleh:Rafi Hussein

Badan Pencegah Rasuah (BPR) menegaskan pihaknya tidak mengamalkan pilih kasih dalam menyiasat dakwaan penyalahgunaan perbelanjaan kementerian dan jabatan kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, kementerian dan jabatan terbabit disiasat sebelum laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan lagi kerana maklumat mengenainya telah diterima lebih awal oleh BPR.

‘‘Siasatan telah berjalan sebelum laporan audit diumumkan dan keputusan akan diperoleh tidak lama lagi.

‘‘Tidak ada pilih kasih dan mereka yang bersalah akan dihadapkan ke mahkamah,’’ katanya tanpa menyatakan kementerian dan jabatan kerajaan yang sedang disiasat oleh badan itu.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya yang dikeluarkan baru-baru ini mengkritik beberapa kementerian kerana menerima tawaran harga kontraktor yang terlalu tinggi dalam pembelian peralatan tertentu.

Laporan tersebut antaranya menegur proses pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada kadar melebihi harga pasaran hingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.

Ini termasuk pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain membeli alat pengangkat kereta dua tan berharga RM5,741 sebuah berbanding cuma RM50 sebuah di pasaran.

Tan Sri Ambrin Buang yang mengkritik beberapa kementerian kerana menerima tawaran harga kontraktor yang terlalu tinggi dalam pembelian peralatan tertentu.

KBS juga didapati membeli 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk pada harga RM181,900 atau RM10,700 satu set, sedangkan harganya di Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka cuma RM417 satu set.

Di fahamkan bahawa pembahagian kontrak ini telah berlaku pada tahun 2002 dan ketika itu menteri yang bertanggungjawab sebagai menteri Belia dan Sukan ialah Dato` Hishamuddin .

Seharusnya beliau perlu bertanggungjawab dan disiasat serta bertanggungjawab di atas penyelewengan dan rompakan wang rakyat ini.

Dalam satu keyataan Hishamuddin yang melenting ke atas satu keyataan Azalina yang telah menafikan pembabitan beliau dalam penyelewengan ini, membayangkan Hishamuddin seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab .

Hishamuddin juga mahukan Azalina supaya bertanggungjawab kerana mereka berkerja dibawah satu bumbung dan kerajaan yang sama.

Apakah Azalina perlu bertanggungjawab di atas penyelewengan yang dilakukan oleh Hishamuddin.

Ada juga yang berkata bahawa in adalah satu konspirasi balas dendam Tan Sri Ambrin Buang kepada Hishamuddin kerana perselisihan faham antara mereka sebelum ini.

Apa juga rakyat mahukan sisatan dibuat dan sekiranya Hishamuddin bersalah beliau perlu dipecat.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 4:44 AM   1 comments
Tindakan Tidak Matang Terhadap Yee Yang Yang
Tuesday, September 18, 2007
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan tindakan pihak keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertindak di luar prosedur merampas barangan peribadi milik mahasiswa tahun pertama, Yee Yang Yang, minggu lepas, dan mendesak agar Jabatan Keselamatan UPM bertanggungjawab untuk menjelaskan rasional mereka bertindak sedemikian.

Begitulah yang disampaikan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad. Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, dalam kenyataan medianya kepada Suarakeadilan.com hari ini.

Jelas Nik Nazmi, Yee, yang disyaki terlibat di dalam gerakan mahasiswa ‘anti-establishment’, telah disoal siasat mengenai pembabitannya dalam politik pelajar.

“Lebih mengejutkan, beliau cuba dihalang oleh anggota polis sendiri daripada membuat sebarang laporan polis bagi menyiasat salahlaku pegawai keselamatan UPM berkenaan, dengan alasan supaya mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku ke atas mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Nik Nazmi.

Pada hematnya, perkara ini adalah amat serius, dan boleh dianggap sebagai satu usaha terancang pengurusan universiti untuk mengekang kebebasan mahasiswa untuk bersuara lantas mengenakan pelbagai tindakan ke atas pelajar berkenaan.

Nik Nazmi menegaskan bahawa tindakan pegawai ‘Unit Tugas Khas’ Jabatan Keselamatan UPM, Zamali Samsi, yang merampas barangan peribadi Yee, adalah bercanggah dengan undang-undang dalam keadaan Yee tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah.

“Mengapakah ketika universiti-universiti kita terus tercicir di dalam senarai antarabangsa, pihak UPM bertindak dengan tidak matang dan bukannya menumpukan usaha mengangkat martabat mahasiswa kita?”

Menurutnya, AMK difahamkan sehingga ke saat ini, barangan Yee termasuk komputer riba dan telefon bimbit yang dianggarkan berjumlah RM6000 masih belum dipulangkan.

Nik Nazmi juga berkata bahawa AMK ingin mendapatkan penjelasan mengapa UPM menggunakan pihak polis untuk menghalang Yee untuk mendapatkan semula barangan peribadi beliau.

“AMK akan menyatakan solidariti kepada Yee dengan mengemukakan memorandum bantahan kepada pengurusan UPM dalam tempoh seminggu ini,” katanya lagi
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 8:01 AM   0 comments
Tragedi Batu Buruk: Taktik pemerintah takut hilang kuasa - Badrul Hisham
Rusuhan polis di Batu Buruk, Terengganu pada Sabtu lepas disifatkan sebagai taktik biasa pemerintah yang takut kehilangan kuasa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Suara KeADILan, Isnin lepas.

“… tetapi sejarah membuktikan dengan keberanian, istiqamah, iltizam dan strategi yang betul kemenangan sudah pasti ditangan rakyat,” tegasnya.

Beliau mengecam tindakan pihak polis menghalang perhimpunan rakyat anjuran Bersih secara ganas, sedangkan setiap perhimpunan aman dijamin di bawah perlembagaan negara.Menurutnya, alasan polis bahawa perhimpunan tersebut tidak mempunyai mempunyai permit adalah bohong.

“Menurut satu sumber daripada penganjur menyatakan kebenaran polis dipohon pada 30 Ogos lepas tetapi hanya pada selepas 6 September, barulah polis menyatakan tidak dibenarkan dengan perbagai alasan yang tidakmunasabah,” jelasnya.

“Malah Ketua Polis Terengganu berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa ceramah Bersih itu tidak diberi permit kerana faktor keselamatan memandangkan tempat ceramah berada di kawasan kediaman orang,” tambahnya.

Katanya, sebenarnya tempat ceramah tersebut amat popular dan sudah diguna berkali kali oleh penceramah termasuk ceremah menyambut Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim sebaik saja di bebaskan dari penjara dan sepanjang rekod itu tidak ada sebarang masalah timbul, sehinggalah peristiwa rusuhan polis 8 September lalu.

Badrul menegaskan bahawa tuduhan yang mengaitkan penyokong pembangkang bertindak ganas termasuk menggunakan molotov cocktail juga adalah satu pembohongan yang terancang.
“Tuduhan molotov cocktail juga penipuan kerana sehingga kini tuduhan Ezam Mohd Nor dan beberapa teman bekas tahanan ISA cuba menggulingkan kerajaan dengan mengumpul senjata seperti molotov cocktail, gagal dibuktikan oleh polis sehingga mereka dibebaskan tanpa bicara, ” jelasnya.

Menurutnya lagi, kehilangan harta benda sehingga RM 1 juta berdasarkan kenyataan media ternyata kerana rusuhan terancang pihak polis.

“Menurut satu sumber hampir semua kamera milik wartawan dirampas kerana itulah media menggunakan gambar sama berulang kali kerana ia hasil dari kamera polis.
Ini berlaku kerana beberapa kamera yang dirampas itu telah berjaya merakamkan siapa yang bertindak ganas,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa ternyata kejadian tersebut ialah rusuhan polis yang terancang di bawah arahan atau tekanan Umno - BN yang amat gusar dengan tahap kesedaran rakyat mutakahir ini.

“Umno - BN yang berjaya memperkudakan polis untuk merusuh sudah pasti akan melanjutkan usaha jahat mereka dengan memperkudakan media untuk memburukkan imej pembangkang dengan harapan mengalihkan isu sebenar,” katanya.

“Ketika terdesak Umno - BN sanggup menggunakan apa saja mempertahankan kuasa, kita jangan terperanjat rusuhan kaum rekaan juga sanggup dilakukan,” tambahnya.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 6:50 AM   0 comments
Batu Buruk: Umno dan polis terus guna media perbodohkan rakyat
Sejak 'tragedi berdarah' di Batu Buruk, Terengganu 8 September lalu, Umno dan Polis terus menggunakan media pro mereka untuk menghina dan memburuk-burukkan rakyat.
Berasak-asak laporan media mempropagandakan kejadian rusuhan yang bagi mereka didalangi pembangkang.

Kenyataan demi kenyataan dibuat pemimpin tertinggi kerajaan, Umno dan polis hinggalah kepada sekecil-kecil pemimpin hanya untuk meramas isu ceramah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi menerbitkan rasa benci rakyat kepada pembangkang.

Media eletronik pula cukup biadap dengan mengeluarkan laporan yang sekaligus menjustifikasi kes tersebut walaupun siasatan ke atas kes belum selesai.

Sementara kenyataan pembangkang mengenai dakwaan yang dibuat pihak polis dan Umno sedikitpun tidak dikeluarkan.Malah memorandum aduan Bersih yang diserah kepada Suhakam sedikitpun tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Apakah benar mereka agen provokasi?
Terbaru, pihak polis telah mula mengedar dan menayangkan gambar beberapa individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes rusuhan dan membakar jalur gemilang di Batu Buruk.

Dalam akhbar utama hari ini, 37 lagi gambar suspek disiarkan dengan khabarnya bahawa mereka ini dikehendaki bagi membantu siasatan rusuhan.

Dalam siaran tersebut terdapat gambar beberapa lelaki dalam lingkungan usia lewat 50 tahun dan cukup malang gambar mereka tersiar ketika umat Islam sedang menghayati Ramadan yang mulia.

Rata-rata gambar yang disiarkan adalah khalayak awam yang mungkin sekali sedang tekun menunggu ceramah.Gambar mereka ini tentulah diambil oleh pegawai cawangan khas (SB) yang kerap kali hadir ke ceramah-ceramah pembangkang untuk mengambil gambar.

Apakah mengikut siasatan polis mereka yang tersiar gambarnya ini benar-benar agen yang melakukan provokasi pada malam ceramah tersebut hingga berlakunya rusuhan?

Melihat kepada gambar yang disiarkan, mereka ini sedikitpun tidak ditunjukkan sedang melakukan aksi provokasi, dan mustahil kamera berteknologi tinggi milik SB tidak dapat merakam gambar orang-orang yang sedang memprovokasi?

Bagi penulis, gambar ini disiarkan 'ikut suka polis' hanya untuk menunjukkan kepada rakyat mereka ada bukti untuk menyatakan bahawa penyokong pembangkang memulakan rusuhan.

Jika benar dakwaan mereka ini yang mungkin sekali memulakan rusuhan, polis perlu menyiarkan gambar mereka ini sedang melakukan aksi tersebut.

Media akan gelapkan gambar suspek kes berat libatkan orang kenamaan Gambar adalah bukti yang mungkin boleh meyakinkan banyak pihak.
Tetapi dalam kes ini gambar mereka ini tentu sekali diambil oleh SB ketika mereka sedang mahu menunggu ceramah diadakan.

Tidak kelihatan sebarang perwatakan mereka untuk memprovokasi. Justeru penyiaran gambar ini adalah satu aib kepada keluarga dan sanak saudara mereka.

Keduanya, akhbar sering kali akan menggelapkan atau mengkaburkan gambar suspek-suspek kes yang lebih berat yang membabitkan orang kenamaan hanya untuk tidak memalukan suspek.

Sedangkan dalam kes ceramah di Batu Buruk, gambar mereka yang mungkin sekali menghadiri ceramah ini disiarkan terus tanpa memikirkan soal aib golongan ini.

Penyiaran gambar ini membawa interpretasi yang 'negatif' kepada mereka di mata masyarakat dan lebih berat lagi bagi masyarakat yang secara buta-tuli menerima bulat-bulat laporan akhbar tersebut tanpa menilai dari sumber lain yang boleh mengibangi laporan itu.

Perlu diingatkan kepada mereka yang gambarnya tersiar, sekiranya mereka ini selepas disoal siasat, gambar mereka tidak akan dikeluarkan lagi untuk tujuan permohonan maaf oleh pihak polis atau akhbar.

Lebih malang lagi, media tidak akan menyiarkan laporan yang menyatakan bahawa individu-individu terbabit didapati tidak bersalah setelah disiasat.

Ini kerana siaran gambar tersebut hanyalah salah satu usaha politik untuk terus memburuk-burukkan pembangkang dan menakutkan rakyat dari menghadiri ceramah umum.

Suka atau tidak sesiapa sahaja yang menghadiri ceramah mungkin sekali gambarnya akan berada dalam lensa kamera jurugambar SB ini.
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 6:43 AM   0 comments
Surat terbuka kepada ayahanda Dato' Seri Anwar dan ayahanda Tuan Guru Hj Hadi

Anakanda di penjara menara gading

Ke hadapan ayahanda Dato' Seri Anwar dan ayahanda Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi yang dirahmati Allah semuga berada di bawah lindungan Allah hendaknya.
Kami tahu ayahanda berdua adalah di kalangan orang-orang terhormat dan aktif dalam perjuangan membela rakyat sehingga sukar untuk menjenguk kami di ’penjara’ menara gading ini!

Siapalah kami insan-insan kerdil yang tidak berapa penting dalam agenda perjuangan ayahanda berdua.

Walaupun ayahanda Dato' Seri Anwar pernah terpenjara sebagai pejuang rakyat. Namun adakah pengajaran yang dikutip dari Sungai Buloh itu masih belum cukup masak untuk mengesani rasa hati kami di sini? Perlukah ayahanda Dato' Seri dipenjara sekali lagi?

Bukan apa, supaya ayahanda Dato' Seri benar-benar ’masak’ dalam menyelami hakikat sebuah penjara. Penjara hakiki bukan pada jasad yang dapat dilihat tetapi pada jiwa sebenarnya.

Seperti mana yang ayahanda Dato' Seri pernah ungkapkan ”Merdeka hakiki adalah merdeka jiwa bukan merdeka jasad!”

Ayahanda Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi pula antara pimpinan yang belum lagi di penjara.
Mungkin kerana itulah ayahanda Tuan Guru pun tak berapa nak ’cakna’ dengan kami di penjara menara gading ini.

Maaf jika terkasar bahasa, anakanda tumpang bertanya, dalam siri-siri ceramah dan ucapan ayahanda Tuan Guru, berapa patah ayahanda Tuan Guru sebut perkataan ’mahasiswa’?

Sikap ’lebih kurang’ dan ’dok cakna’ ayahanda Tuan guru kepada kami mahasiswa,
membuatkan kami tidak mengharap sangat kasih sayang dari ayahanda Tuan Guru.
Nak jumpa, bertentang mata dengan ayahanda Tuan Guru pun rasa tak berbaloi.
Tak mengapalah, mungkin agenda nak memenangkan Trengganu lebih aula dari membina kami sebagai pewaris kepimpinan masa depan negara agaknya.

Ayahanda Dato' Seri dan Tuan Guru,
Fahamilah ayahanda berdua, kami sedang dipenjara di menara gading ini. Mengertilah, bukan jasad kami yang sedang terpenjara tetapi jiwa kamilah yang sedang dipenjara Kementerian Pengajian Tinggi.

Pimpinan pembangkang wajar mengerti situasi kami ini.
Alangkah bertuah menjadi pimpinan seperti ayahanda berdua dan pimpinan yang lain. Walaupun pernah terpenjara, namun rakyat tidak menunggu lama untuk membela.
Bila terpenjaranya ayahanda Dato' Seri Anwar, ribuan rakyat bingkas membela.
Untung sungguh menjadi pimpinan. Teriakan ”Reformasi” dan laungan ”Allahu Akbar” dilaungkan, membangkitkan semangat dan dorongan motivasi mendalam di sanubari ayahanda berdua.

Tetapi kami hanyalah mahasiswa! Mahasiswa yang sedang dipasung tangan dan kaki. Siapalah yang hendak melaungkan kata-kata keramat dan perangsang, apatah lagi laungan ”Reformasi dan Allahu akbar”!

Ayahanda Dato' Seri dan Tuan Guru,
Mengapakah pimpinan pembangkang masih mahu berselindung di sebalik tabir. Menidakkan ”campurtangan” dengan mahasiswa di kampus.

Padahal umum mengetahui, Umno bukan sahaja ‘campurtangan’ malah ‘camputangan dan kaki’ sekali. Malah seluruh pancaindera Umno telah mencampuri seluruh gerak geri mahasiswa. Mahasiswa diperlaku semahunya!

Rayuan kami kepada Dato' Seri dan Tuan Guru hanya satu.
Isytiharkan penglibatan pembangkang secara terbuka dalam politik kampus!
Bukan sekadar isyhtihar dan habis di situ saja. Malah buktikan kesungguhan ayahanda berdua dalam membantu kami untuk memenangi pilihan raya kampus.

Apa lagi yang hendak diselindungkan? Apa lagi yang hendak difikir-fikirkan? Apa lagi yang hendak ditunggu-tunggu?

Marilah hulurkan tangan, menyambut salam perjuangan dari kami mahasiswa yang bersedia berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman.

Sekarang bukan masa lagi untuk pimpinan pembangkang ’nak jaga imej’ untuk dilihat profesional, kononnya tidak mahu campurtangan urusan mahasiswa. Percayalah sekarang bukan masanya lagi!

Umno secara jelas terlibat secara langsung dalam membantu Aspirasi Umno dalam pilihan raya kampus. Sudah hampir lima tahun mereka bermaharajalela. Diulangi sudah hampir lima tahun!
Siri-siri penglibatan Umno di kampus telah didedahkan dengan bahan bukti yang cukup kukuh dalam akhbar Harakah dan Siasah.

Ayahanda Dato' Seri dan Tuan Guru,

Apa lagi yang hendak ditunggu?
Sekarang bukan masa untuk kita lakunkan watak-watak ’pijak semut pun tak mati’ hingga kepala kita dihinjak-hinjak!
Sekarang bukan masa untuk menang sorak tetapi mahasiswa dilacurkan!
Sekarang bukan masa lagi untuk mengelak-ngelak supaya digelar negarawan!
Sebagai bukti kasih sayang ayahanda berdua, kami merayu dengan sehina-hinanya, silalah datang menjenguk kami. Jika mereka tidak mengizinkan kedatangan ayahanda berdua, datanglah untuk berceramah di tepi-tepi pagar Universiti.

Buktikan kasih sayang ayahanda berdua kalau masih sudi. Bebaskanlah kami untuk kami bangkit dari belenggu penjara yang ketat ini.

Sila jemput kami dalam perjumpaan tertutup mahupun terbuka. Hidupkan ’dhomir’ kami yang mula hampir nyawa-nyawa ikan ini. Kami mahasiswa sedia gembelingkan tenaga, keringat malah darah untuk bersama ayanhanda berdua dan seluruh pendokong kebenaran.

Namun kalau ayahanda berdua tidak menyahut lambaian kami ini, hanya satu permintaan terakhir kami.

Bersiaplah untuk kamu berdua kafankan dan solat jenazah buat ’dhomir-dhomir’ kami yang sedang nazak ini!

Solatlah jenazah ’dhomir’ kami secara berjamaah bukan nafsi-nafsi.
Seorang jadi imam dan seorang lagi jadi makmumnya. Siapa lagi kalau bukan ayahanda berdua. Dua orang sudah cukup!

Kami menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan sekiranya ada kata-kata yang menyinggung perasaan ayahanda berdua. Bahasa anak muda memang payah hendak disusun seindahnya bila semangat sudah kian membara.

Sekian dari kami mahasiswa yang bakal mewarisi perjuangan dan kepimpinan negara suatu hari nanti.
”Takbir! Rerformasi!
posted by Parti Keadilan Rakyat @ 6:39 AM   0 comments
About Me

Name: Parti Keadilan Rakyat
Home: Bumi, Malaysia, Uruguay
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
CHATTING

Tagboard by Tag-Board.Org
Name:

URL or Email:

Message [Smilies]:

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2006 KeADILAN Rakyat .Template by Isnaini Dot Com